fbpx

Wanita 70 tahun lahirkan bayi kembar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Namukwaya meminta orang ramai membantunya kerana tidak bekerja semasa hamil. - Hospital Wanita Pusat Antarabangsa dan Kesuburan

KAMPALA – Seorang wanita di Kampala, Uganda mengejutkan dunia perubatan kerana melahirkan anak kembar pada usia 70 tahun, lapor akhbar Daily Star semalam.

Safina Namukwaya secara rasmi menjadi wanita tertua di Benua Afrika yang melahirkan anak melalui rawatan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) atau luar rahim.  

Namukwaya melahirkan sepasang anak kembar berlainan jantina di Hospital Wanita Pusat Antarabangsa dan Kesuburan di Kampala, Uganda. 

Dia sebelum ini melahirkan seorang anak perempuan bernama Sarah pada 2020.

Menurut Namukwaya, dia ditinggalkan oleh pasangannya selepas mengetahui tentang kehamilan itu selain mengalami beberapa masalah lain yang tidak didedahkan.

Bercakap kepada saluran berita NTV, Namukwaya berkata: “Lelaki tidak suka apabila anda mengandung lebih daripada seorang anak. Sejak saya dimasukkan ke hospital, pasangan saya tidak pernah muncul.”

Dalam satu kenyataan di Facebook, seorang jurucakap hospital itu berkata: “Ya, dia melahirkan kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan yang berada  dalam keadaan sihat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI