fbpx

Restoran cari pelanggan bayar hampir RM53,000 untuk makanan RM52

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIEP mencari pelanggan yang membayar RM52.054 untuk hidangan makanan bagi memulangkan wang bakinya. - Foto VNExpress

HANOI –  Sebuah restoran di wilayah Thanh Hoa, tengah Vietnam mencari pelanggan yang membayar sebanyak 270 juta dong (RM52,054) untuk hidangan berharga cuma 270,000 dong (RM52.05), lapor portal berita VNExpress semalam.

Pemilik restoran itu, Hoang Hiep berkata, dia mencari pelanggan itu yang membayar makan tengah hari untuk memulangkan baki wangnya.

Sekitar pukul 1.30 tengahari (waktu tempatan)  pada 24 November lalu, dua pelanggan  datang ke restorannya untuk menjamu selera. 

Harga makanan mereka ialah 270,000 dong tetapi pelanggan itu tersilap menghantar pindahan wang melalui Kod Respons Pantas (QR) sebanyak 270 juta dong.

Hiep berkata,  dia tidak menyemak akaunnya pada masa pemindahan dan hanya mendapati terdapat jumlah wang yang luar biasa banyak dalam akaunnya pada petang hari yang sama.

Menurut rakaman kamera keselamatan, pelanggan itu adalah seorang wanita berusia sekitar 40 tahun yang menjamu selera bersama seorang rakan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI