fbpx

Tayar pesawat terbabas dari landasan tersekat pada terumbu karang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tayar itu tersekat di celah terumbu karang. - USN

HONOLULU, HAWAII – Tayar sebuah pesawat yang terkandas di sebuah teluk di Hawaii selama lebih seminggu dilaporkan tersekat pada terumbu karang, lapor saluran berita NBC News semalam.

Sembilan orang yang berada di dalam penerbangan itu dilaporkan tidak cedera selepas pesawat mendarat di perairan cetek berhampiran Pangkalan Kor Marin Hawaii di Teluk Kaneohe pada 20 November lalu.

Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) masih menyiasat punca bagaimana pesawat itu boleh tersasar dari landasan. Video dikeluarkan USN memaparkan tayar pesawat itu tersekat pada terumbu karang. 

USN telah mengeluarkan 2,000 gelen (7,570 liter) bahan api dalam pesawat itu, kata Laksamana Muda Kevin Lenox pada Isnin lalu.

Panglima Operasi dan Laksamana Muda, Mark Anderson yang mengetuai unit penyelam menuju ke lokasi kejadian berkata, pesawat itu terkandas dalam terumbu karang dan pasir.

Enjin kiri pesawat didapati menimpa terumbu karang. Ia terapung sedikit pada Isnin lalu disebabkan air pasang, katanya.

Pegawai alam sekitar negeri akan menjalankan penilaian kerosakan alam sekitar sebaik sahaja pesawat dialihkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI