fbpx

Kes kekal tiga angka, kes sembuh paling tinggi direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes jangkitan Covid-19 hari ini.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 hari ini kekal tiga angka dengan 935 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif di seluruh negara sebanyak 60,752 kes.

Pada masa sama, sebanyak 2,555 kes sembuh dicatatkan hari ini sekali gus tertinggi sejak pandemik tersebut melanda negara dan jumlah kumulatif kes sembuh Covid-19 sebanyak 49,056 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah baharu yang dilaporkan, 931 kes adalah penularan tempatan manakala empat kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

“Terdapat tiga kes kematian hari ini melibatkan warganegara.

“Pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 itu menjadikan jumlah kes kematian terkini di Malaysia sebanyak 348 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, sebanyak 110 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 45 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI