fbpx

[VIDEO] Perlu cipta rekod untuk digelar ‘nombor satu negara’- Aznil Nawawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZNIL NAWAWI

BUTTERWORTH – pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi mengakui perlu bekerja keras untuk membuktikan dirinya layak bergelar pengacara nombor satu negara dengan mencipta rekod peribadi, seiring gelaran yang diberikan kepadanya.

Walaupun tidak pernah menyangka, jauh sekali berharap untuk diberikan gelaran tersebut, Aznil, 61, tidak kisah jika ‘title’ (gelaran) itu ‘dirampas’ pada bila-bila masa sahaja oleh pengacara lain yang lebih layak suatu hari nanti.

Kongsi Aznil kepada Kosmo! Online, gelaran ‘pengacara nombor satu negara’ yang diberikan kepadanya itu sebenarnya sedikit sebanyak memberi tekanan untuk dia membuktikan bahawa dirinya layak dilabel sebagai pengacara paling tersohor di Malaysia.

“Saya tidak pernah pun kata diri saya sebagai pengacara nombor satu negara. Langsung tidak pernah. Tapi gelaran tersebut diberikan kepada saya oleh wartawan yang menulis dalam laporan mereka.

“Lagi pun gelaran itu boleh datang dan pergi bila hadir pengacara lain yang lebih bagus.

“Gelaran yang diberikan kepada saya itu juga sebenarnya ‘memberatkan’ kepala apabila saya perlu berusaha keras untuk mencipta rekod sendiri bagi membuktikan diri ini layak dengan gelaran tersebut,” katanya.

Kongsi Aznil, antara rekod yang diciptanya adalah dengan memenangi gelaran sebagai Pengacara Paling Popular iaitu sebanyak lapan kali dan Pengacara TV Terbaik di beberapa buah anugerah hiburan tempatan juga sebanyak lapan kali.

“Bila orang sudah bagi saya gelaran itu, saya kena cipta rekod. Alhamdulillah saya telah menang beberapa kali anugerah Pengacara Paling Popular.

“Saya melihat pencapaian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menang di peringkat asia. Jadi saya pun kena menang juga.

“Alhamdulillah saya menang juga sebagai Pengacara Terbaik di Anugerah Televisyen Asia pada 2005,” jelasnya.

Bukan niat untuk mendabik dada, pengacara Program Macam-Macam Aznil itu mahu menjadikan gelaran dan pengiktirafan yang diterimanya itu sebagai pemangkin buat pengacara lain untuk turut berusaha keras, agar dapat menjadi bukan sahaja paling popular, namun juga terbaik.

“Inilah strata yang perlu dilihat oleh pengacara lain yang berada dibawah, untuk berusaha keras supaya dapat mengatasi kedudukan saya sekarang.

“Apabila usaha keras ini dicapai, barulah seseorang itu layak untuk digelar sebagai ‘nombor satu’ oleh sesiapa sahaja seperti pihak media, netizen malah oleh negara sendiri, sesuai dengan pencapaian yang diperolehnya,” tegas Aznil.

Tambah bekas graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari universiti Malaya (UM) itu lagi, selain mahu membuktikan gelaran yang diberikan kepadanya itu seiring dengan pencapaian yang diraih, dia juga turut bekerja keras kerana cintanya terhadap dunia penyiaran, selain enggan dirinya dipermain-mainkan oleh pihak lain.

“Selain sebab cintakan bidang pengacaraan, saya juga bekerja keras kerana tidak mahu diri saya diperkutak-katikkan oleh orang lain.

“Jadi saya cipta rekod lagi dan lagi. Kemudian saya mahu kembangkan kerjaya pengacaraan di Amerika Syarikat (AS) dan saya dapat peluang itu sebelum Covid-19 melanda di seluruh dunia.

Untuk masa akan datang, Aznil yang namanya tercatat sebagai Pengacara paling Lama Bertahan dalam Malaysia Book Of Records itu sentiasa menunggu pengacara lain yang bakal mengisi tempatnya suatu hari nanti.

Malah, dia juga tidak lokek untuk mencurahkan kelebihannya sebagai pengacara berpengalaman kepada pihak lain agar mereka dapat menimba ilmu dalam bidang penyiaran.

“Saya sentiasa menanti pengacara-pengacara yang hebat lahir. Kalau saya kedekut ilmu, saya tidak akan mengajar mereka yang datang berjumpa saya untuk dapatkan ilmu.

“Bagaimanapun, gelaran nombor satu itu bukanlah segala-galanya. Apa yang penting adalah etika untuk menjadi seorang pengacara yang baik,” tuturnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI