fbpx

[VIDEO] Rombakan Kabinet sebelum akhir bulan ini – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama adik Akmal Afif Yasser Arafat ketika ditanya pemberita selepas selesai menunaikan Solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4C Presint 8 Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – “Saya setuju (rombakan Kabinet), sebelum tahun depan (bulan ini),” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin, Presint 8, di sini, hari ini.

Reaksi itu diberikan Anwar ketika disoal seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Akmal Afif Yaseer Arafat di luar perkarangan surau berkenaan.

Sebelum itu, Anwar sempat menyantuni sembilan kanak-kanak di luar surau berkenaan yang menunggu selama 20 minit bagi mendapatkan tandatangan pemimpin utama negara itu.

Sebaik mendekati kanak-kanak itu, Anwar kemudian meminta Akmal Afif untuk bertanya soalan kepadanya bagi mewakili wartawan yang turut berada di sana.

“Datuk Seri, bila rombakan Kabinet?,” kata Akmal Afif yang juga murid tahun enam, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (2).

Anwar kemudian menjawab, “Nama siapa? Akmal nak (rombakan) bila, sebelum atau selepas?.

Kanak-kanak itu kemudian menjawab, “Sebelum 2024,” katanya.

Anwar selepas itu berkata, “Dia (Akmal) jawab sebelum 2024, saya setuju (rombakan Kabinet sebelum 2024). Ok, terima kasih,”. – KOSMO! ONLINE

@kosmoonline Rombakan Kabinet sebelum akhir bulan – PM #anwaribrahim #rombakan #kabinet ♬ Terpaksa Aku Lakukan – Sultan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI