fbpx

Status Kelantan FC masih lagi misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELANTAN FC sering dipalit kekalahan besar dan terbaharu dibelasah KDA FC 1-6 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Ahad lalu. - KDA FC

KUALA LUMPUR – Status sebenar Kelantan FC sama ada dibenarkan beraksi di Liga Super musim depan atau pun sebaliknya masih lagi menjadi tanda tanya apabila First Instance Body (FIB) memerlukan sedikit masa lagi untuk meneliti dokumen yang dihantar pasukan itu.

Ketika ini Unit Perlesenan Kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sudah pun menerima dokumen berkaitan pembayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai Kelantan FC, semalam.

“Bagaimanapun segala dokumen berkenaan pembayaran melibatkan 30 pemain dan pegawai Kelantan FC itu kini dalam proses semakan oleh FIB.

“Pengesahan pembayaran perlu dilakukan oleh FIB dengan semua pihak yang terlibat termasuk merujuk perkara itu dengan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) sebelum membuat pengumuman dalam masa terdekat mengenai status permohonan Lesen Kebangsaan Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2024-2025,” menurut kenyataan MFL, hari ini.

Sebelum ini, Kelantan yang memiliki tunggakan gaji di dalam deklarasi 31 Ogos diarahkan untuk menyelesaikan bayaran tunggakan atau menyerahkan persetujuan bersama pemain dan pegawai pada 15 November 2023.

Namun setelah tarikh akhir 15 November 2023, FIB tidak menerima sebarang bukti bayaran ataupun persetujuan bersama pemain dan pegawai sebaliknya hanya menerima rayuan lanjutan masa.

Hukuman pertama yang dikenakan kepada Kelantan FC adalah denda sebanyak RM20,000 atas kesalahan tidak mematuhi tempoh masa FIB namun diberikan masa sehingga semalam untuk menyerahkan bukti bayaran tunggakan gaji sehingga 31 Ogos ataupun persetujuan bersama pemain dan pegawai kelab. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI