IPOH – Reka bentuk buku Belanjawan Perak 2024 mendapat sentuhan kreatif Seniman Diraja, Datuk Mohamad Nor Khalid atau Lat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif tersebut adalah bagi menghargai kreativiti kartunis tersohor itu yang juga merupakan anak jati negeri Perak dalam berkarya.
“Inisiatif ini juga bagi menghargai jasa dan bakti beliau dalam berkarya sehingga menerima pelbagai anugerah serta pengiktirafan dari dalam mahu pun luar negara.
“Usaha ini diharap dapat mengangkat martabat industri seni kreatif di negeri Perak terutamanya melalui pengiktirafan ke atas bakat dan sumbangan anak tempatan,” katanya ketika berucap dalam Pembentangan Belanjawan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE