fbpx

ADUN Perak diberikan mafela solidariti menyokong Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang DUN Perak bersama berdiri bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin pada Mesyuarat Kelima, Tahun Pertama, Persidangan DUN Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Sebagai sokongan kepada Palestin, mafela solidariti perjuangan Palestin diedarkan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri yang diadakan hari ini.

Menurut Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, mafela tersebut diedarkan oleh pejabatnya dengan diletakan di atas meja setiap ADUN sebelum persidangan bermula.

“Ahli-ahli yang berhormat sekalian, saya juga ingin maklumkan bahawa pejabat speaker ada mengedarkan mafela solidariti menyokong Palestin di meja ahli-ahli berhormat sekalian.

“Bolehlah ahli-ahli berhormat memakainya dan bawa balik ke rumah dan sebagainya, sebagai tanda sokongan kita kepada perjuangan rakyat Palestin,” katanya semasa membuka sesi persidangan DUN Perak di sini hari ini.

Persidangan DUN Perak bermula hari ini sehingga Jumaat depan dengan fokus diberikan kepada pembentangan Belanjawan 2024 negeri itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI