fbpx

Gunung dipahat untuk bina hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROJEK bina ‘gunung’ buatan manusia akan dirikan di pantai Teluk Aqaba, Siranna. - Foto NEOM Corporate

RIYADH – Arab Saudi membuat pelaburan besar dengan mengumumkan projek membina ‘gunung’ buatan manusia mengandungi sebuah hotel dan 35 kediaman mewah eksklusif di pantai Teluk Aqaba, Siranna, lapor portal berita The Sun semalam. 

Sebelum ini, Arab Saudi dilaporkan bersedia membelanjakan lebih AS$175 bilion (RM817 bilion) setiap tahun untuk projek mega antara 2025 hingga 2028,  dengan beberapa projek utama yang menelan kos  kira-kira AS$1.3 trillion (RM6.07 trilion) sedang dilaksanakan.

Projek terbaharu Siranna itu adalah melibatkan sebuah hotel menakjubkan yang akan dibina di dalam ‘gunung’ dengan seni bina yang menonjol.

Bangunan itu akan menempatkan kemudahan seperti kelab pantai, kemudahan kesihatan hebat dan denai alam semula jadi dan boleh dilalui sama adan dengan berjalan kaki atau menunggang kuda.

Pelbagai kolam akan dibina di hotel yang mempunyai 65 bilik itu dengan pemandangan Laut Merah yang menakjubkan.

Para tetamu akan tiba di teluk terpencil melalui pengangkutan air dan akan melepasi formasi batuan semula jadi sebelum sampai ke pintu masuk hotel yang menakjubkan itu.

Idea pembangunan itu adalah untuk memastikan sedikit campur tangan dalam alam semula jadi dengan prosedur yang bernas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI