fbpx

CAB catat untung bersih tertinggi sejak lebih 40 tahun beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAB akan terus mencari peluang pelaburan baharu untuk mengukuhkan kedudukan kewangannya.

PETALING JAYA – CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB) salah satu pengeluar makanan terbesar Malaysia, mencatat untung bersih tertinggi sebanyak RM107.25 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2023 (TK2023), tumbuh sebanyak 85.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Prestasi yang lebih baik itu didorong oleh peningkatan permintaan, peningkatan harga jualan dan penurunan kos pengeluaran. 

Hasil TK2023 meningkat 14.9 peratus tahun ke tahun kepada RM2.25 bilion, tertinggi dalam sejarah operasi Kumpulan.

Pengarah Urusan Kumpulan CAB, Christopher Chuah Hoon Phong berkata, pihaknya berbangga menamatkan TK2023 dengan prestasi kewangan yang kukuh. 

Menurut beliau, ini mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan terhadap kecekapan operasi, skala ekonomi yang lebih baik dan pertumbuhan jangka panjang yang mampan. 

“Ini merupakan keuntungan bersih tahunan tertinggi dalam sejarah lebih 40 tahun kami  dan tahun kedua di mana Kumpulan telah mencatatkan rekod hasil baharu.

“CAB tetap tidak akan berdiam diri dengan kejayaan dan kedudukan tunai kami yang kukuh.

“Kami kini berusaha untuk mempercepatkan pertumbuhan melalui penggabungan dan pengambilalihan strategik merentas industri makanan. 

“Sebarang pemerolehan yang kami lakukan akan menjurus ke arah meningkatkan keupayaan kami untuk membangunkan produk inovatif dan mencipta penyelesaian mampan dalam industri makanan, selaras dengan visi kami untuk berkembang menjadi konglomerat makanan bertaraf dunia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Bagi tempoh kewangan berakhir 30 September 2023 (S4 TK2023), CAB melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM10.71 juta, meningkat 39.5 peratus tahun ke tahun daripada RM7.68 juta setahun lalu. 

Hasil Q4 TK2023 meningkat 12.5 peratustahun ke tahun kepada RM557.18 juta, meningkat 12.5% daripada RM495.50 juta setahun lalu.

Keuntungan bersih CAB mungkin lebih tinggi jika tidak termasuk perbelanjaan cukai tertunda sebanyak RM14.36 juta S4 TK2023, yang terutamanya disebabkan oleh penggunaan penuh kredit cukai tertentu.

Selain itu, kedudukan kewangan Kumpulan juga semakin kukuh, dengan kedudukan tunai CAB meningkat 51.4 peratus tahun ke tahun kepada RM163.05 juta pada 30 September 2023, meningkat daripada RM107.68 juta tahun sebelumnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI