fbpx

MotoGP: Marquez bedah tangan sekali lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ perlu menjalani satu lagi pembedahan pada lengan kanannya untuk membolehkan dia benar-benar bersedia menghadapi saingan musim depan. - AFP

VALENCIA – Juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez yang baru selesai menjalani ujian bersama pasukan baharunya, Gresini Ducati di Valencia dengan hasil yang positif membuat keputusan untuk menjalani pembedahan pada lengan tangan kanannya.

Masalah ‘arm pump’ atau compartment syndrome ini mengakibatkan kesakitan dan kebas pada lengan akibat kekurangan aliran darah menyebabkan Marquez terpaksa menjalani satu lagi pembedahan agar bersedia pada musim 2024.

Bagaimanapun, Marquez mengakui dia mengalami masalah itu pada separuh kedua saingan MotoGP musim ini, namun menangguhkan hasrat melakukan pembedahan selepas memberi tumpuan kepada pembangunan jentera Honda.

“Pada separuh kedua musim ini, saya telah mengalami sindrom itu di lengan kanan saya. Kami menyelesaikan masalah tersebut dengan dibantu oleh Dr. Ignacio Roger de Ona dan pasukannya. Matlamat utama adalah bersedia pada musim 2024,” kata Marquez.

Marquez melakukan catatan keempat terpantas pada ujian di Valencia dan akan kembali mengemudi jentera Desmosedici GP23 apabila ujian pramusim bermula di Sepang pada Februari nanti sebelum memulakan cabaran sebenarnya pada 8 Mac nanti di Grand Prix (GP) Qatar.

Sebelum ini, Marquez telah menjalani empat pembedahan pada lengan kanan akibat komplikasi patah tulang pada Grand Prix Sepanyol 2020. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI