fbpx

Ramai bilionair semakin kaya melalui harta warisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pada 6 Oktober lalu menunjukkan logo UBS. – AFP

ZURICH – Pemindahan kekayaan secara besar-besaran semakin menjadi trend, ketika bilionair-bilionair  menambah kekayaan mereka menerusi harta warisan dan bukannya keusahawanan, demikian menurut kajian oleh gergasi perbankan Switzerland,  UBS hari ini.

Sejak beberapa dekad lalu, bilangan bilionair bertambah dengan banyak, seiring dengan peningkatan aktiviti keusahawanan dalam bidang teknologi dan bidang lain.

Namun,  dalam laporan tahunan kesembilannya mengenai bilionair di seluruh dunia, UBS merekodkan perubahan ketara dalam cara kekayaan tersebut  diperoleh dan diperluaskan.

“Pewaris bilionair semakin menonjol,”  kata Benjamin Cavalli selaku  ketua pelanggan strategik di UBS Global Wealth Management  dalam kata pengantar laporan tersebut.

“Laporan pada tahun ini mendapati majoriti  bilionair yang mengumpul kekayaan pada tahun lalu, melakukannya melalui pewarisan berbanding keusahawanan.

“Ini adalah tema yang kami jangka dapat dilihat untuk tempoh 20 tahun akan datang, kerana lebih daripada 1,000 bilionair menyerahkan kekayaan dianggarkan berjumlah AS$5.2 trilion (RM24.23 trillion) kepada anak-anak mereka,”tambahnya dalam satu kenyataan.

Ramalan itu, kata UBS dibuat  berdasarkan anggaran kekayaan terkumpul bilionair hari ini yang berumur lebih daripada  70 tahun.

Kajian itu menunjukkan bahawa terdapat seramai  2,544 bilionair di dunia menjelang April tahun ini, dengan bilangan mereka meningkat sebanyak tujuh peratus berbanding tahun sebelumnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI