JAKARTA – Seorang bapa menuntut keadilan setelah kemaluan anaknya terpotong semasa majlis berkhatan beramai-ramai di sebuah pusat kesihatan di Daerah Lahat, Sumatera Selatan, lapor portal berita Beritasatu.com semalam.
Berikutan itu, keluarganya datang ke balai polis di Palembang untuk membuat aduan tentang kejadian itu yang berlaku pada 17 Oktober lalu.
Peguambela mangsa, Fitriadi berkata, budak tersebut mengalami perubahan sikap selepas kemaluannya terputus semasa berkhatan.
“Secara psikologi kanak-kanak itu mengalami perubahan. Dia sering marah dan sering menyendiri,” kata Fitriadi semalam.
Keluarganya berkata, berdasarkan pemeriksaan perubatan, kemaluan yang sudah terpotong itu tidak boleh disambung semula.
Keadaan itu menyebabkan keluarga budak berkenaan keluarga lain membuat laporan polis.
Sementara itu bapa budak itu, Alex Musriawan berharap akan ada keadilan untuk anaknya.
“Kami meminta keadilan. Sebagai orang tua, kami orang miskin berharap ada keadilan dan kes ini diserahkan sepenuhnya kepada peguam,” jelasnya. – AGENSI