fbpx

Saya tertekan, trauma – Wahab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Wahab. -Foto FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KAJANG – Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), akui sangat tertekan selepas video klip bersama bekas Ketua Pengarah J-Kom, Datuk Dr Mohammad Agus tersebar di media sosial.

“Saya tertekan, saya trauma. Saya buat semua ini (laporan polis) untuk membersihkan nama dan menuntut keadilan.

Abdul Wahab berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, di sini, hari ini.

Menjawab pertanyaan pemberita mengenai status pekerjaannya di jabatan itu, beliau memaklumkan tidak mengetahui berhubung perkara terbabit setakat ini.

“Tak ‘sure’ (pasti), tidak tahu status macam mana,” jawabnya ringkas.

Abdul Wahab sebelum ini tiba di pekarangan IPD Kajang sejak pukul 11 pagi tadi bersama peguamnya, Faizal Abd Rahman dan selesai memberi keterangan sekitar pukul 5 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara esok. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI