fbpx

Netizen sangsi panda di zoo China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat panda ini duduk di keliling meja sambil menikmati makanan. - Cfoto/DDP via ZUMA

BEIJING – Sebuah zoo di China menjadi tumpuan netizen media sosial selepas pihaknya memuat naik klip  video empat ekor panda sedang duduk di atas kerusi mengelilingi sebuah meja sambil menikmati makanan dengan lagak seperti manusia, lapor akhbar New York Post semalam.

Pihak pengurusan Zoo Chongqing memuat naik video tersebut yang dirakam di sebuah kandang panda gergasi pada Sabtu lalu.

Empat ekor panda tersebut dilihat duduk di atas kerusi masing-masing seperti gaya manusia dengan ada yang memegang makanan.

Aksi comel itu menarik perhatian pengguna media sosial. Mereka sekali lagi menyatakan rasa curiga mengenai sama ada ia adalah panda sebenar atau manusia yang menyamar.

“Video ini menguatkan teori saya bahawa panda sebenarnya manusia dalam sut panda. Ia bukan haiwan sebenar,” kata seorang netizen.

“Cara ia duduk di hujung klip video amat sempurna. Gerak-gerinya menunjukkan sikap seekor beruang sebenar. Sukar untuk manusia duduk begitu,” kata pengguna lain yang percaya bahawa ia adalah haiwan sebenar.

Klip video itu mengingatkan orang ramai mengenai kisah seekor beruang matahari Malaya, Angela yang menjadi sensasi internet pada musim panas lalu.

Angela yang berada di Zoo Hangzhou disyaki sebenarnya manusia, disebabkan cara ia berdiri serta keadaan kulitnya di belakang badannya yang kelihatan seperti kostum.

Pakar-pakar dan pihak zoo tersebut bagaimanapun menjelaskan bahawa Angela adalah haiwan sebenar dan bukan manusia. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI