fbpx

Kubur depan rumah, kubur tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kubur-kubur tersebut dibina di sekeliling rumah. – YouTube

JAKARTA – Sebuah kampung di Majalengka, wilayah Jawa Barat mendapat perhatian netizen kerana terdapat kubur di serata tempat,  sehinggakan ada yang amat hampir dengan rumah penduduknya, lapor portal berita Dream.co semalam.

Dalam klip video yang dimuat naik di saluran YouTube,  Rizquna Channel, kampung digelar ‘kampung 1,000 kubur’ itu dilihat mempunyai begitu banyak tapak kubur yang dibina pada jarak yang  hampir antara satu sama lain.

Ada antara kediaman penduduk yang mempunyai sehingga lima kubur di halaman rumah selain ada juga kubur di tepi jalan.

Bahkan, pemilik saluran YouTube tersebut turut menyifatkan suasana menjadi seram sekiranya melalui jalan-jalan di kampung tersebut pada waktu malam.

Namun, menurut cerita penduduk kampung, penempatan  kubur di sekeliling rumah adalah tradisi turun-temurun di kampung berkenaan. Mereka mengebumikan anggota keluarga yang telah  meninggal dunia di sekeliling rumah.

“Ini bukan kawasan perkuburan umum, sebaliknya kawasan kubur milik keluarga,” kata pemilik video tersebut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI