KAJANG – Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Abdul Wahab Abdul Kadir tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, di sini, hari ini, berhubung klip video perbualan lucah dirinya dengan bekas Ketua Pengarah J-Kom, Datuk D.r Mohammad Agus Yusoff.
Abdul Wahab dan peguamnya, Faizal Abd Rahman dilihat tiba di IPD Kajang, sekitar pukul 11 pagi.
Setakat pukul 4 petang ini, Abdul Wahab dipercayai masih berada di dalam balai.
Sementara itu, Faizal ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya akan berkongsi maklumat mengenai laporan sejurus proses siasatan selesai.
Semalam, Kosmo! melaporkan Abdul Wahab tampil memberi keterangan di Bukit Aman bagi mengesahkan identiti Mr H didakwa menjadi dalang penyebaran video perbualan lucah antaranya dan bekas ketua pengarah jabatan itu.
Sebelum ini, Abdul Wahab dilaporkan mengalami kemurungan melampau sehingga terpaksa menangguhkan proses rakaman keterangan bersama pihak polis. – KOSMO! ONLINE.