fbpx

Maradona lah….bukan Madonna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Madonna mengadakan persembahan semasa jelajah 'Rebel Heart' di Inglewood, California pada 27 Oktober 2015. - AFP

CANBERRA – Ramai pengguna media sosial di Australia menyangka penyanyi Madonna telah meninggal dunia gara-gara ‘keliru’ dengan berita mengenai legenda bola sepak, Diego Maradona.

Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun akibat serangan jantung di kediamannya dekat Buenos Aires di Argentina semalam, lapor akhbar Daily Mail.

Rata-rata peminat Maradona menggunakan Twitter untuk meluah rasa sedih kehilangan ikon bola sepak itu. Pada masa sama, ramai menyangka Madonna sudah mati.

Kekeliruan itu menyebabkan nama Madonna pula trending di Twitter sejak pagi tadi.

Maradona dianggap antara pemain bola sepak terbaik dunia dan membantu Argentina untuk merangkul Piala Dunia pada 1986.

Gambar fail pada 3 Julai 2010 menunjukkan jurulatih pasukan Argentina, Diego Maradona memeluk penyerang Lionel Messi selepas pusingan suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Green Point di Cape Town. – AFP

Jurucakapnya, Sebastian Sanchi mengesahkan kematian Maradona selepas dua minggu legenda itu keluar hospital susulan satu pembedahan otak.

Kerajaan Argentina mengumumkan tiga hari berkabung untuk Maradona. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI