fbpx

Dua premis judi online dipotong elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua premis menjalankan kegiatan judi online di daerah Seberang Perai Utara dipotong bekalan elektrik hari ini.

SEBERANG PERAI – Polis memotong bekalan elektrik dua premis dipercayai menjalankan kegiatan judi online secara haram di Tasek Gelugor dan Butterworth di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, operasi kira-kira pukul 10 pagi itu dilakukan bagi menyekat tindakan pengendalinya menjalankan kegiatan berkenaan.

“Hasil pemantauan dan tangkapan telah dijalankan sebelum ini mendapati premis itu beroperasi melalui pintu belakang.

“Premis terbabit juga pernah diserbu beberapa kali dan sebanyak tiga tangkapan lelaki telah dilakukan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, pihaknya telah melakukan pemotongan bekalan elektrik di 44 premis di seluruh daerah tersebut sepanjang tahun ini.

“Namun begitu, masih terdapat pemilik dan penjaga premis yang masih menjalankan kegiatan terbabit tanpa menghiraukan tindakan yang telah dikenakan,” katanya lagi.

Operasi tersebut turut disertai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI