fbpx

Lima pekerja tapak pembinaan sesak nafas terhidu gas klorin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba yang melakukan kerja-kerja menyelamat dan pembersihan gas klorin semalam.

TAWAU – Enam pekerja tapak pembinaan di Pegagau Agriculture Wakuba, dekat sini dikejarkan ke hospital akibat kebocoran gas klorin semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, seorang daripada mangsa didapati pengsan dan dimasukkan ke dalam zon merah bahagian kecemasan Hospital Tawau, manakala lima lagi sesak nafas berada di zon kuning.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu daripada Hospital Tawau pada pukul 5.37 petang sebelum 12 anggota dan pegawai bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba menerima maklumat mengenai kebocoran gas dipercayai gas klorin ketika kerja-kerja mengorek tanah menggunakan jengkaut dijalankan di tapak pembinaan rumah pekerja.

“Semua mangsa warga asing berusia 19 hingga 35 tahun itu dikejarkan ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan sebelum ketibaan jentera bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba terus membuat kerja-kerja pembersihan dan menggunakan penggesan gas untuk mengambil bacaan radiasi bahan.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI