fbpx

Meerqeen hairan digelar ‘playboy’, jawab gosip cintakan Ameera Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEERQEEN mengakui penat apabila sering didakwa bercinta dengan regu lakonan dan projek seninya.

KUALA LUMPUR – Pelakon Meerqeen hairan apabila menerima jolokan ‘playboy’ hanya disebabkan kerap digandingkan dengan aktres berbeza dalam setiap naskhah lakonan mahupun projek kempen jenama produk.

Terkini bintang Melur Untuk Firdaus itu digosipkan bercinta dengan adik selebriti terkemuka, Neelofa iaitu Ameera Khan biarpun mengakui mereka hanya kawan biasa.

“Tidak mungkin setiap kali digandingkan dalam sesi fotografi atau memenuhi undangan sesuatu majlis terus kami dicop mempunyai hubungan istimewa.

“Saya tahu batas dalam pergaulan dan perlu menghormati persahabatan saya dengan rakan artis lain.

“Saya jadi serba salah apabila timbul gosip seperti ini,” katanya ketika ditemui semasa Upfront Viu 2024 baru-baru ini.

Sementara itu, Meerqeen atau nama lengkapnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam itu hanya mahu memberikan tumpuan dalam kariernya tanpa perlu melibatkan isu peribadi.

“Saya tidak suka mencampur adukkan hal peribadi dengan kerjaya.

“Fokus saya sekarang hanya mahu mengukuhkan kerjaya kerana banyak lagi yang belum saya capai sebagai pelakon,” ujarnya.

Kontroversi percintaan Meerqeen bersama Ameera tercetus selepas mereka menghadiri acara sebuah jenama mewah di Paris, Perancis.

Lebih menguatkan spekulasi apabila mereka kelihatan bersama-sama keluar bersiar-siar dan makan sekitar Paris.

Malah, disebabkan itu ramai beranggapan gosip Meerqeen bersama pasangan heroinnya, Anna Jobling akan lenyap selepas ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI