fbpx

Naik gila tanggung isteri ‘tahi’ judi, suami nekad lari dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa ketika membuat aduan di bilik gerakan DAP Cheras hari ini.

CHERAS- Hiba hati seorang suami apabila terpaksa menanggung bebanan hutang yang diambil isterinya tanpa pengetahuannya semata-mata memuaskan nafsu berjudi.

Pemandu e-hailing yang ingin dikenali sebagai Chong berkata, dia memilih tidak lagi tinggal bersama isterinya sejak beberapa bulan lalu selepas tidak tahan menanggung hutang.

Tambah Chong, dia serik selepas dikejar empat orang along berlainan termasuk juga jumlah pinjaman dilakukan isterinya mencecah puluhan ribu.

“Dia (isteri) pinjam duit untuk kegunaan judi atas talian, rasa sangat tertekan sangat kerana saya dipaksa along untuk pulangkan duit yang dipinjam, pinjaman tersebut pula tanpa pengetahuan saya.

“Setakat ini saya sudah bayar RM18,000 pada mereka tapi berapa banyak (duit) dia sudah pinjam saya tak tahu, semua duit itu dipinjam pula dari ahli keluarga dan jual tapak pasar malam di Perak,” katanya pada sidang akhbar di bilik gerakan DAP Cheras, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Chong mendedahkan ketagihan isterinya berjudi terjadi sejak isterinya pulang berjudi di sebuah kasino di Genting, Pahang, awal tahun ini.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI