fbpx

Empat jam pindah gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gajah liar yang berjaya dipindahkan Perhilitan di Kampung Darat Teladas, Air Putih, Hulu Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengambil masa empat jam untuk memindahkan seekor gajah jantan liar di Kampung Darat Teladas, Air Putih, Hulu Kemaman dekat sini hari ini.

Ketua Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Mohamad Khairul Adha Mat Amin berkata,  seramai 30 anggota Perhilitan terlibat dalam operasi memindahkan gajah berusia 20 tahun.

“Dua ekor gajah denak iaitu Abot dan Rambai digunakan sebagai pemikat untuk memujuk gajah jantan yang seberat kira-kira 2.5 tan berkenaan.

“Operasi memindahkan gajah liar itu agak mencabar kerana kami perlu menyeberang tiga batang anak sungai, melalui kawasan berbukit serta meredah laluan berlumpur selain permukaan jalan licin kerana cuaca hujan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Khairul Adha berkata, pihaknya percaya gajah tersebut berasal dari hutan simpan berhampiran.

Beliau berkata, gajah yang berkeliaran di kawasan kebun kelapa sawit penduduk dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil.

“Lokasi penempatan penduduk ini memang berpotensi besar untuk dicerobohi haiwan liar berkenaan kerana terlalu hampir dengan kawasan hutan,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Mohd. Yusof Sulong, 57, berkata, dia terserempak dengan gajah liar tersebut ketika dalam perjalanan pulang dari kebunnya beberapa hari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI