BEIJING – Seorang lelaki di China nyaris menjadi mangsa insiden kebakaran sebuah mangkuk tandas pintar yang secara tiba-tiba, meletup ketika dia membuang air, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Lelaki dari Xiamen, wilayah Fujian, merakam kejadian itu pada 10 November lalu dan memuat naik di laman media sosial.
Menurut lelaki berkenaan, ketika kejadian, dia sedang menggunakan tandas apabila asap muncul secara tiba-tiba.
Melihatkan asap semakin banyak, lelaki tersebut bingkas bangun daripada tempat duduk mangkuk tandas. Tandas itu kemudian terbakar.
Punca kejadian belum didedahkan, namun lelaki tersebut percaya bahawa ia disebabkan oleh litar pintas. – AGENSI