fbpx

Imigresen kesan lelaki Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rubel Khan

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai memberikan maklumat berhubung seorang lelaki warga Bangladesh bagi tujuan perbicaraan satu kes pendakwaan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Menerusi kenyataan akhbar JIM, lelaki tersebut bernama Rubel Khan berusia 26 tahun dengan nombor pasport BQ0459218.

“Alamat terakhir lelaki tersebut ialah Kiara Mint Sdn. Bhd., D1-01-16 Solaris Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur.

“Dia dikehendaki JIM bagi tujuan perbicaraan di Mahkamah Sesyen Khas PATI Semenyih berhubung satu kes pendakwaan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Kanan (TPPK), Mohd Azamuddin Long, Bahagian Operasi Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat JIM Putrajaya.

Beliau boleh dihubungi di talian 03-88801338/1330 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan di talian 03-88801555 selepas waktu pejabat. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI