fbpx

Abdul Wahab tampil buat laporan polis di IPD Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Wahab

KUALA LUMPUR- Penolong pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Abdul Wahab Abdul Kadir akan membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang hari ini.

Difahamkan, laporan polis terbabit dibuat berhubung penularan video seakan perbualan lucah membabitkan dirinya serta bekas Ketua Pengarah J-Kom Datuk Dr. Muhammad Agus Yusoff.

Peguam kepada Abdul Wahab, Faizal Abd Rahman mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi.

“Abdul Wahab akan buat laporan polis pukul 11 pagi ini di IPD Kajang hari ini,” katanya kepada Kosmo!.

Semalam, Abdul Wahab tampil memberi keterangan di Bukit Aman bagi mengesahkan identiti Mr H seperti yang dilaporkan Muhammad Agus.

Sebelum ini, Faizal Rahman mendakwa Abdul Wahab lambat tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan kerana mengalami tekanan melampau.

“Sepatutnya Abdul Wahab diambil semalam namun keadaan mengalami kemurungan melampau dan sedang mendapatkan rawatan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI