PETALING JAYA – Kecoh di media sosial apabila seorang lelaki warga asing ligat menari persis pelakon terkenal Bollywood, Hrithik Roshan, di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE), baru-baru ini.
Lelaki berkenaan dilihat berjaya menampilkan koreografi sama seperti Hrithik ketika menari mengikut rentak lagu bertajuk ‘You Are My Soniya’ yang popular menerusi filem ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’.
Menerusi perkongsian akaun TikTok Petron NKVE KL Bound di bahagian komen, lelaki yang bekerja di stesen minyak berkenaan dikenali sebagai Ahmad.
Rata-rata netizen teruja dan tidak henti-henti memuji bakat Ahmad yang dipercayai berwarganegara Bangladesh itu.
“Masalahnya langkahnya betul, best!,” komen Markonah.
“Alamak, ada Hrithik Roshan!,” kata Cikna.
“Jarang aku tengok ulang-ulang, tapi ni memang lancar tarian dia,” puji Hamiza Ghazali.
Dalam masa sama, ada juga yang meramalkan keuntungan stesen minyak berkenaan bakal meningkat susulan strategi pemasaran berkesan.
“Petron NKVE KL Bound jualan mencanak naik lepas ni,” ramal seorang pengguna.
“Petron dah lagi laju ke depan pemasaran dia,” ujar Sheha. – KOSMO! ONLINE
@petron_nkve Kena lah pulak dalam hujan 😂❤️💙 #petronnkveklbound #petronnkve #petronmalaysia #petron #nkve #stesenminyak #trending #dance #bollywooddance ♬ original sound – Shawn Thomas