fbpx

Warga asing akan dikenakan caj guna bas GoKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengenakan caj terhadap penumpang bukan warganegara yang menggunakan perkhidmatan Bas GoKL.

Menerusi satu notis yang dikongsi di laman Facebooknya, DBKL berkata, caj tersebut membabitkan perkhidmatan di empat laluan sekitar pusat bandar.

Antara laluan yang terlibat kata DBKL adalah, Laluan 01 (Hijau), Laluan 02 (Ungu), Laluan 03 (Merah) dan Laluan 04 (Biru).

“Transaksi pembayaran adalah secara tanpa tunai melalui kad Touch&Go, kod QR atau kad debit,”katanya.

Bagaimanapun, DBKL tidak memaklumkan tarikh kuat kuasa dan kadar caj yang akan dikenakan.

Mengulas lanjut, DBKL berkata, warganegara diminta untuk membuat pendaftaran di kaunter disediakan bagi melancarkan pengoperasian.

“Warganegara menggunakan Mykad yang mempunyai sistem Touch&Go adalah dikehendaki membuat pendaftaran tersebut bagi menikmati perkhidmatan secara percuma.

“Perkhidmatan Bas GoKL juga adalah percuma kepada semua kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah,”ujarnya.

Tambah DBKL, kaunter pendaftaran akan dibuka mulai 1 Disember 2023 di hentian bas KLCC, hentian akhir Titiwangsa (Pekeliling) dan hentian akhir Pasar Seni.

Ia mula dibuka seawal pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari dan 2 petang hingga 7 petang.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI