fbpx

Delegasi Saudi Aramco kunjungi Malaysia tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) berswafoto bersama warga Petronas Wilayah Pantai Timur di Kompleks Petronas Pantai Timur, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Delegasi firma minyak dan gas terbesar dunia, Saudi Aramco akan mengunjungi negara ini bagi mengadakan mesyuarat membincangkan perluasan fasilitinya di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor pada tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat dengan Lembaga Saudi Aramco itu bakal turut melibatkan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).

“Ini penghargaan bukan bukan sahaja kepada negara ini malah Petronas.

“Ini maksudnya apa? Ia cabaran kepada Petronas untuk mempertahankan integriti dan mencari hala tuju baru dalam perniagaan dijalankan,” katanya
di Kompleks Petronas Pantai Timur, Kerteh di sini hari ini.

Sebelum ini, Saudi Aramco telah menyuarakan hasrat menjadikan negara ini sebagai hab perkembangan minyak dan gas Arab Saudi bagi rantau Asia Tenggara.

Perluasan fasiliti syarikat tersebut berkaitan aktiviti hiliran petrokimia dan gas bakal menjadikan Kompleks Bersepadu Pengerang sebagai antara hab minyak dan gas terbesar di Asia Tenggara.

Saudi Aramco pernah disenaraikan sebagai syarikat keenam paling untung di dunia dengan perolehan RM488.48 bilion oleh Fortune Global 500 pada tahun 2021. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI