fbpx

APMM rampas 17 bubu naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bubu naga yang dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang di kedudukan 29.2 kilometer dari kawasan laut Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Oleh SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) negeri merampas 17 set bubu naga pada kedudukan 29.2 kilometer dari kawasan laut Teluk Bahang di sini semalam.

Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, semasa rondaan rutin Op Pertiwi kira-kira pukul 7.30 malam itu, kru bot Maritim telah mengesan objek mencurigakan di permukaan air.

Katanya, anggota yang bertugas ketika itu mengesyaki terdapat penanda bubu naga dipasang tanpa pengawasan oleh individu atau kumpulan orang yang tidak bertanggungjawab.

“Pemeriksaan mendapati sebanyak 17 set bubu naga dipasang sekitar kawasan berkenaan.

“Kesemua bubu naga berkenaan telah dirampas oleh kru bot Maritim Malaysia dan seterusnya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban mengikut Seksyen 11(3)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan dengan cara menggunakan peralatan menangkap ikan secara haram iaitu bubu naga,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, Maritim Malaysia memandang serius kesalahan itu kerana penggunaan bubu naga secara haram boleh menjejaskan sumber perikanan.

“Bubu naga turut memerangkap anak-anak ikan komersial sekaligus memberi kesan buruk kepada sumber hasil laut dan memusnahkan biodiversiti marin,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, orang awam diminta agar melaporkan sebarang kejadian mencurigakan, kecemasan atau kemalangan di laut di talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI