fbpx

Tak adil beri moratorium kepada orang kaya- Menteri Kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

PETALING JAYA- Kerajaan tidak memberikan lanjutan moratorium secara pukal selama enam bulan seperti yang didesak ramai pihak.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ini kerana kerajaan berpendapat tidak adil untuk orang kaya yang mampu membayar pinjaman diberikan moratorium pinjaman.

“Bukankah lebih baik mereka membayar hutang, supaya duit masuk ke dalam sistem perbankan untuk menjana lebih banyak pinjaman, khususnya kepada perniagaan dan industri yang menjana pekerjaan kepada rakyat,” katanya semasa penggulungan Belanjawan 2021 semasa sesi Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen petang tadi.

Ujar beliau, orang ramai yang terkesan masih boleh mendapatkan bantuan daripada segi penangguhan, pengurangan dan penjadualan semula pinjaman.

“Golongan B40 dan golongan peniaga kecil mendapat lanjutan moratorium bank secara automatik. Golongan M40 hanya perlu buat perisytiharan diri tanpa perlu sebarang dokumen,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI