BANGKOK, Thailand – Seorang lelaki maut dihempap sebatang pokok kelapa sawit di daerah Manang, wilayah Satun kelmarin, selepas menyembur racun kimia pada tumbuhan itu, lapor laman berita Thaiger semalam.
Pekerjanya yang dikenali sebagai Sorn, melaporkan insiden itu kepada polisi setelah menemui mangsa, Date, 47, terbaring di ladang.
Sejurus tiba, pasukan penyelamat bergegas mengeluarkan Date dari bawah pokok kelapa sawit dan mendapati jantungnya telah terhenti.
Anggota kecemasan kemudian melakukan prosedur resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas mangsa selama 30 minit tetapi tidak dapat menyelamatkan nyawanya.
Sorn berkata, semasa dia mencari majikannya itu bersama teman wanitanya, dia melihat trak pikap mangsa sebelum mendapati sebatang pokok kelapa sawit tumbang di kawasan berhampiran.
Sejurus menghampiri tempat kejadian, Sorn menemui majikannya dalam keadaan tidak bernafas.
Dia kemudian menghubungi pihak berkuasa dan polis percaya bahawa Date sedang duduk berehat di kawasan itu sebelum angin kencang menyebabkan pokok tumbang dan menimpanya. – AGENSI