fbpx

Konflik Palestin-Israel: Lanjutan gencatan senjata terus dibincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK Palestin yang menjadi mangsa serangan jet Israel berjalan dekat runtuhan bangunan di Gaza, semalam. - Foto AFP

DOHA – Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat (AS) dan Mossad Israel dilaporkan bertemu di Qatar untuk membincangkan mengenai lanjutan seterusnya gencatan senjata antara askar Zionis dan Hamas serta pembebasan tawanan yang ditahan oleh kumpulan pejuang Palestin di Gaza, lapor laman berita Al Jazeera semalam.

Pengarah CIA, William Burns dan Ketua Perkhidmatan Perisikan Mossad, David Barnea mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani semalam, sehari selepas Doha mengumumkan lanjutan dua hari gencatan senjata kemanusiaan di Gaza.

Perbadanan Penyiaran Awam Israel (KAN) melaporkan, Hamas telah memberikan persetujuan terhadap perjanjian baharu, namun menambah bahawa ia menuntut gencatan senjata sepenuhnya.

Perkara itu bagaimanapun ditolak oleh Israel.

Qatar, AS dan Mesir telah terlibat dalam rundingan sengit untuk mewujudkan dan memanjangkan gencatan senjata di Gaza.

Sepanjang gencatan senjata kemanusiaan awal yang mula dilaksanakan pada Jumaat lalu, Hamas telah membebaskan 69 tawanan iaitu 51 penduduk Israel dan 18 orang rakyat negara lain.

Sebagai pertukaran, seramai 150 banduan Palestin iaitu 117 kanak-kanak dan 33 wanita yang ditahan di penjara Israel telah dibebaskan dan lebih banyak bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki Gaza. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI