fbpx

Elaun Pengurus, Penolong Pengurus PEDi dinaikkan RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar merasmikan Persidangan PEDi MADANI 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA- Seramai 801 Pengurus dan 521 Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan menerima kenaikan elaun sebanyak RM500 bermula Januari depan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Persidangan PEDi Madani 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini tadi.

Menurut Perdana Menteri, elaun Pengurus PEDi akan dinaikkan daripada RM2,000 ke RM2,500, manakala elaun Penolong Pengurus dinaikkan kepada RM2,000 berbanding RM1,500 sebelum ini.

Katanya, sepatutnya elaun baharu itu dijadual diberikan pada April tahun depan, namun kerajaan bersetuju mempercepatkan bayarannyq bermula Januari 2024.

“Saya terharu (melihat) orang muda terlibat dalam PEDi, begitu semangat dan beri dokongan lebih kepada PEDi.

“Gaji dan elaunnya berapa? Oleh kerana, yang pertama, transformasi digital menjadi tonggak dalam strategi ekonomi MADANI dan kedua melihat prestasi baik dan dedikasi serta memberi manfaat kepada komuniti sekeliling, maka saya mahu tambah beban lagi kepada setiap PEDi.

“Ia supaya setiap PEDi dipantau dan diberikan laporan supaya dapat mengurus kepada kelompok lebih luas terutama anak muda supaya mereka diperkenal dengan pelbagai aplikasi dan kecanggihan bidang ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut menggesa pemain industri telekomunikasi untuk memberi lebih tumpuan kepada aspek berkenaan supaya agenda pembangunan negara dapat diperluas bukan sahaja melibatkan aspek teknologi.

“Saya gesa selain dibuat oleh kementerian dan PEDi, saya mahu syarikat telekomunikasi beri tumpuan supaya agenda pembangunan negara bukan sahaja kecanggihan teknologi, tetapi bantu rakyat melalui PEDi supaya kemudahan itu tidak diperoleh oleh kerajaan, (tetapi) syarikat telekomunikasi untuk berkembang maju.

“Dengan cara itu, kita memaknai apa itu keadilan dan MADANi, yakni kita angkat martabat negara daripada sudut transformasi digital, tetapi pastikan kemudahan itu meluas di semua peringkat,” jelasnya.

Katanya, PEDi merupakan satu strategi penting dan harus pastikan ia lebih berhasil dan atas sebab itu saya mahukan kegiatan berkenaan diperluaskan di setiap Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

“Jadi, kita mulakan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta dan sekiranya untuk memenuhi itu, kita perlu tambah, saya akan ikhtiar,” katanya.

Ketika ini, terdapat kira-kira 911 PEDi di seluruh negara di mana kadar penggunaannya mencecah hampir 1.3 juta pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI