fbpx

Yasin tidak jangka dilepaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yasin ketika ditemui selepas tamat prosiding di Mahkamah Sesyen hari ini. Foto Shidiqin Zon/Kosmo!

PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman mengakui tidak pernah menjangkakan keputusan mahkamah berpihak kepadanya hari ini selepas berbulan-bulan turun naik mahkamah.

Menurut Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, dia tidak pernah mengharapkan keputusan memihak kepadanya 100 peratus.

“Tidak jangka keputusan hari ini (lepas dan bebas), sebenarnya 50-50. Pada yang mengikuti perbicaraan nampaklah berat kepada kemenangan (saya) tetapi saya sentiasa bersedia untuk keputusan yang ke kiri atau ke kanan,” katanya ketika ditemui selepas prosiding hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya perancangan selepas diperintah ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, Yasin berkata apa pun akan menyempurnakan rawatan bipolar dihidapinya di sana.

“Sekarang ini saya perlu kembali ke Tanjung Rambutan (Hospital Bahagia Ulu Kinta), di bawah perkenan Sultan Selangor untuk sempurnakan rawatan bipolar saya di sana dan saya akan kekal di sana selama mana yang Tuanku tetapkan.

“Kemudian daripada itu saya akan buat satu lagi permohonan untuk kembali ke kampung halaman di Kajang dan Damansara,” katanya.

Tambahnya lagi, sebaik habis rawatan dia berjanji akan kembali mewarnai industri hiburan sebaik habis rawatannya di hospital itu.

“Pasti (akan kembali dalam industri), dah banyak lagu yang saya sediakan InsyaAllah akan terbitkan lagu macam biasa,” katanya yang turut memohon maaf kepada mereka yang terkesan dengan penyakit bipolar dihidapinya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI