fbpx

Rugi RM1.9 bilion kes tipu dalam 11 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli ketika sidang akhbar di Menara KPJ, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Kes jenayah komersial termasuk penipuan di dalam negara mencatatkan kerugian mencecah RM1.9 billion bagi tahun ini setakat 26 November.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah tersebut hasil daripada 37,651 kertas siasatan yang dibuka.

Menurutnya, dalam tempoh enam hari sahaja sehingga 26 November lalu, JSJK telah membuka sejumlah 828 kertas siasatan berkaitan pelbagai kesalahan jenayah komersil.

“Daripada 828 kertas siasatan yang dibuka, 692 kertas siasatan atau 83.6 peratus adalah berkaitan kes-kes penipuan secara dalam talian yang dipecahkan kepada enam modus operandi utama.

“Iaitu, jenayah telekomunikasi (224 kes), jenayah e-kewangan (36 kes), love scam (13 kes), jenayah e-dagang (197 kes), pinjaman tidak wujud (94 kes) dan pelaburan tidak wujud (128 kes),” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ,di sini, hari ini.

Tegas Ramli, seiring dengan kemajuan teknologi, amat penting untuk masyarakat mengambil maklum dan melaksanakan langkah-langkah perlindungan untuk mencegah penyalahgunaan teknologi.

Katanya, dunia hari ini telah memperlihatkan bagaimana kecerdasan buatan (AI) semakin mengambil alih tugas dan peranan yang sebelumnya dilakukan oleh manusia.

“teknologi AI wujud kebimbangan kerana teknologi ini boleh disalahgunakan untuk tujuan jenayah.

“Antaranya, penipuan serta serangan siber melalui penciptaan algoritma yang boleh menggodam sistem komputer, teknologi pemprosesan suara yang canggih dapat digunakan.

“Termasuk juga membuat rakaman suara yang menyerupai suara seseorang serta penciptaan identiti palsu yang sangat meyakinkan termasuk foto atau video palsu,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI