fbpx

MCMC, tiga rakan strategik tingkat keterlibatan masyarakat dalam ekonomi digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi bercakap kepada media selepas sesi pertukaran memorandum pada Persidangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) MADANI 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus bertekad menggalakkan pendigitalan sektor kesihatan dan memperkasa komuniti menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama tiga rakan strategik hari ini.

Tiga rakan strategik itu merupakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) bertujuan

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kerjasama yang terjalin itu diharap dapat meningkatkan lagi keterlibatan lebih ramai anggota masyarakat dalam bidang ekonomi digital.

“Salah satu perkara yang kita ingin lakukan adalah memaksimakan penggunaan PEDi ini untuk membantu warga Felda terlibat dalam ekonomi digital di mana terdapat 150 PEDi di skim Felda yang akan meningkatkan cara penggunaan pembayaran tanpa tunai.

“Manakala bagi MMA dan MPS, telah diumumkan sebelum ini oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada 13 Oktober lalu mengenai geran bagi usahawan mikro, kecil dan sederhana (MSME) iaitu maksimum RM5,000 bagi setiap permohonan.

“Justeru, terdapat sebanyak 12,000 MSME yang akan menerima manfaat daripada geran tersebut dan (MoU itu) adalah ke arah usaha untuk meningkatkan pendigitalan bagi MSME khususnya yang berada di bawah MMA dan MPS,” katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis pertukaran MoU di antara MCMC dengan Felda, MMA dan MPS sempena Persidangan PEDi Madani 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Melalui kerjasama tersebut, MCMC bersama tiga rakan strategiknya akan membantu komuniti masing-masing untuk menyesuaikan diri dengan landskap digital yang sentiasa berubah, sejajar dengan ketersediaan PEDi sebagai pemangkin ekonomi digital. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI