fbpx

Berselindung di sebalik konsulat jalankan sindiket pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek ditahan mengoperasikan sindiket pelaburan tidak wujud dalam serbuan di sebuah konsulat negara asing, di sekitar Kuala Lumpur, Rabu lalu.

KUALA LUMPUR – Seramai 28 individu termasuk 15 warga asing ditahan selepas ‘markas’ aktiviti pelaburan di sebuah kediaman dan pejabat bekas konsulat sebuah negara asing terbongkar selepas diserbu polis Rabu lalu.

Hasil risikan mendapati banglo itu dilengkapi dengan pengawal keselamatan bersenjata dan menggunakan papan tanda negara konsulat berkenaan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menahan 13 warga tempatan, China (tujuh), Brunei (empat) dan Korea Selatan (empat).

Hasil siasatan mendapati sindiket itu menawarkan pelaburan berkonsep ‘money game’ yang mana ia merupakan pelaburan lumayan dalam masa singkat.

“Sindiket dipercayai menyasarkan mangsa dalam kalangan warga tempatan, Brunei, Korea Selatan, dan China.

“Terdapat tujuh pakej pelaburan ditawarkan serendah AS$155 (RM720.75) hingga AS$31,000 (RM144,150) dan menjanjikan pulangan setinggi dua peratus selama 155 hari.

“Transaksi pelaburan menggunakan mata wang kripto dan dilakukan secara dalam talian melalui laman sesawang yang dikendalikan pihak sindiket,” katanya pada sidang akhbar di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Menurut beliau, antara barangan yang dirampas adalah notebook, komputer riba, komputer tablet, telefon bimbit (41), kereta jenis Lexus (1), kad akses (2) dan dokumen (1).

Kesemua 13 individu warga tempatan dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan.

Suspek warga asing direman di bawah Akta Imigresen 1959 sehingga Jumaat hadapan untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan 511 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Ramli menyarankan kepada orang ramai yang ingin melakukan pelaburan mata wang kripto menerusi pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Jelas beliau, setakat ini hanya lima syarikat sahaja dibenarkan oleh pihak SC melakukan urusan berkaitan mata wang kripto di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI