fbpx

LHDN henti terima bayaran cukai guna cek kiriman pos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menghentikan penerimaan bayaran cukai menggunakan cek melalui kiriman pos mulai 1 Januari tahun depan.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, pemberhentian itu tidak terpakai kepada bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah, Cukai Pendapatan Penghibur Awam (Seniman Kembara), Cukai Pegangan dan Cukai Kompaun.

Menurutnya, sehubungan itu, bermula 1 Januari 2021, bayaran cukai boleh dibuat melalui kemudahan ezHasil di laman web LHDN, www.hasil.gov.my.

“Pembayar dan wakil cukai juga boleh membuat bayaran di portal perbankan internet bank serta kaunter bank yang dilantik sebagai ejen kutipan, kaunter bayaran di pusat bayaran LHDN, mesin deposit tunai atau cek dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM),” katanya di sini hari ini.

Pada masa sama, LHDN berkata, tiada resit pembayaran akan dikeluarkan melalui kaedah e-bayaran atau bank yang dilantik, sebaliknya pembayar cukai atau wakil cukai perlu menyimpan slip pengesahan bagi setiap transaksi yang dibuat.

“Semua slip pengesahan bank atau transaksi e-bayaran yang sah perlu disimpan dengan baik sebagai bukti pembayaran,” katanya.

LHDN berkata, bagi mengelakkan kenaikan lewat bayar dikenakan, pembayar cukai atau wakil cukai hendaklah memastikan ketetapan baharu itu dipatuhi.

“Sebarang bayaran cukai menggunakan cek melalui mel atau kurier hendaklah disempurnakan sebelum 1 Januari 2021,” katanya.

Pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara).

Maklum balas juga boleh diajukan ke HASiL Live Chat atau melalui borang di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI