fbpx

PM Anwar terima kunjungan Naib Presiden Indonesia di Kuching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) menerima kunjungan Ma’ruf, sejurus tiba di Kuching, Sarawak hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Naib Presiden Indonesia, Dr. Ma’ruf Amin, sejurus tiba di Kuching, Sarawak hari ini.

Anwar berkata, peluang berkenaan digunakan untuk mengukuhkan muafakat antara dua negara serumpun serta berbincang pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama seperti isu pelaburan, perdagangan dan tenaga kerja Indonesia.

Selain itu katanya, keduanya juga senada untuk memastikan isu berbangkit melibatkan kedua-dua negara dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Bapak Ma’ruf turut menyentuh isu Palestin di mana beliau memaklumkan mengenai Hospital Indonesia di Gaza yang terpaksa di kosongkan akibat diserang rejim Zionis Israel.

“Saya juga maklumkan telah memberi kenyataan tegas terkait isu Palestin bersama Bapak Presiden Joko Widodo di hadapan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden semasa persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 di San Francisco,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Dalam pertemuan itu katanya, Ma’ruf turut memuji Kerajaan Madani yang bertambah kukuh dan stabil.

“Beliau juga berharap Malaysia dan Indonesia dapat bergerak sederap pada masa mendatang.

“Doakan agar hubungan kedua-dua negara terus mekar sekali gus membawa manfaat kepada rakyat keseluruhannya, insya-Allah,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Anwar dijadualkan akan menghadiri Forum Perniagaan Islam Global (GMBF) Edisi Kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI