TEMERLOH – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunggang gajah sempena lawatan Putera Monaco, Putera Albert II ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan( PKGK ) Kuala Gandah, Lanchang hari ini.
Al Sultan Abdullah menunggang gajah diberi nama Myainton Pian berusia 49 tahun tu yang dibawa masuk dari Myanmar, manakala Putera Menaco menunggang gajah bernama Alang dengan dikawal kakitangan terlatih di PKGK Kuala Gandah.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syah pula menunggang gajah bernama Abot, manakala seorang lagi kerabat Diraja Menaco menunggang gajah bernama Rambai.
Sebanyak tujuh ekor gajah turut membuat pertunjukan iaitu Abot, Alang, Myainton Pian, Kasturi, Timur serta Lasa dan setakat ini terdapat sebanyak 25 ekor gajah di PKGK Kuala Gandah yang menjadi daya tarikan domestik dan asing. – KOSMO! ONLINE