fbpx

Bersatu Bukit Gantang gesa Syed Abu Hussin letak jawatan Ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (duduk, tengah) bersama ahli Bersatu Bahagian Bukit Gantang menggesa Syed Abu Hussin meletakkan jawatan pada sidang media di Bukit Gantang hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

BUKIT GANTANG – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Bukit Gantang mendesak Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal segera meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang ekoran tindakannya memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Bersatu Bahagian Bukit Gantang, Ahmad Man mendakwa, tindakan Syed Abu Hussin menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri pada sidang Parlimen pagi ini merupakan satu pengkhianatan kepada parti.

“Ucapan pendiriannya menyatakan sokongan tanpa had itu kepada Anwar jelas menunjukkan Syed Abu Hussin mengkhianati Bersatu dan pengundi di Parlimen Bukit Gantang ini,” dakwanya pada sidang media tergempar di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sepetang di Simpang, Taiping hari ini.

Ahmad seterusnya mendakwa, seluruh ahli Bersatu di Bukit Gantang menentang keras tindakan Ahli Parlimen itu dan menggesanya untuk segera melepaskan jawatannya.

“Kalau dia anak jantan, dia perlu letak jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang dengan segera. Biarlah satu pilihan raya kecil diadakan supaya rakyat boleh memilih semula wakil rakyat yang berpendirian tetap dan tidak mengkhianati mandat rakyat,” dakwanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI