fbpx

UCL: Manchester United getir hadapi aksi di Istanbul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOJLUND bakal menggalas tugas yang cukup berat untuk mendapatkan jaringan ketika menentang Galatasaray selepas kehilangan Rashford. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Manchester United bersedia untuk melawan ‘arus gelora’ gelanggang keramat Stadium Rams Park menjelang aksi Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Galatasaray awal pagi esok.

Skuad The Red Devils yang masih segar dengan kemenangan 3-0 ke atas Everton minggu lalu terpaksa meletakkan harapan penuh terhadap sentuhan penyerang muda, Rasmus Hojlund yang telah meledak lima gol pada kempen UCL musim ini.

Situasi ini disebabkan United tempang susulan ketiadaan pemain sensasi, Marcus Rashford yang digantung perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika pertemuan menentang Copenhagen awal bulan ini.

Pengurus United, Erik Ten Hag berkata, perlawanan menentang Galatasaray boleh dianggap sebagai misi hidup mati pasukan andai mahu mara ke pusingan kalah mati selepas menduduki tangga tercorot kumpulan ketika ini.

“Kita bakal mengharungi dua perlawanan penting di tempat lawan pada minggu ini bermula dengan aksi menentang Galatasaray dan kemudian Newcastle United di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Mengenai perlawanan bertemu Galatasaray, saya anggap ia adalah aksi penentu pasukan, tetapi kita harus akui kelebihan pasukan lawan yang bermain di gelanggang keramat mereka.

“Namun, saya pasti selepas apa yang kita pamerkan sebelum ini, pasukan sudah bersedia kerana rekod kami di tempat lawan sepanjang musim ini juga masih positif,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI