fbpx

Tak sempat jamah sarapan, pesara maut buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULAIMAN (gambar kecil) maut selepas membeli sarapan di kedai tepi jalan, di Masjid Tanah, Melaka.

ALOR GAJAH – Seorang warga emas tidak sempat menjamah sarapan yang dibungkusnya selepas maut ketika membuat pusingan U di Jalan Solok Duku, Masjid Tanah di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 7.50 pagi itu, mangsa, Sulaiman Saleh, 61, yang menunggang motosikal jenis Honda disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, nahas membabitkan tiga buah motosikal dan kejadian berlaku apabila si mati yang juga pesara tentera membuat pusingan U selepas membeli makanan di warung tepi jalan.

“Si mati membuat pusingan U untuk ke arah Masjid Tanah. Datang seorang menunggang motoiskal jenis Yamaha Y15 melanggar sisi kanan motosikal warga emas itu.

“Akibat pelanggaran, si mati tercampak ke laluan bertentangan dan dilanggar sebuah motosikal lain jenis Honda Ex5 ditunggang lelaki berusia 32 tahun,” katanya kepada pemberita hari

Pemuda berusia 20 tahun yang bekerja sebagai kontraktor patah tangan, manakala seorang lagi mangsa mengalami luka pada anggota badan.

“Dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan pegawai penyiasat di lokasi kejadian mendapati lokasi kemalangan mempunyai garisan putih berkembar dan cuaca pula baik,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI