PROSES mediasi membabitkan penyelesaian krisis rumah tangga aktres Lulu Tobing dengan suaminya, Bani Mulia masih belum menemukan kata putus.
Di dadanya, Lulu hanya mahu dilepaskan sebagai jalan terakhir berdepan masalah.
Selepas menjalani proses perbincangan pada 2 November dan diberikan waktu sehingga 16 November, mereka masih gagal mencari perdamaian.
Perbincangan akan bersambung pada 30 November ini sebelum sekali lagi dipanggil pada 7 Disember depan untuk keputusan akhir.
Menurut peguam, Lulu hanya mahu menuntut cerai, bukannya meminta harta sepencarian biarpun mereka sudah berkahwin sejak empat tahun lalu.
Terdahulu, pelakon Dua Garis Biru itu mengemukakan permohonan perceraian terhadap suaminya pada 23 Oktober lalu.
Sebelum ini sekitar Mei 2021, Lulu juga pernah membuat permohonan sama tetapi memutuskan kembali berbaik.