PETALING JAYA – Jabatan Meterologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir melanda tujuh negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka melibatkan negeri Pahang (Bentong, Bera dan Rompin), Selangor (Klang) dan Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol).
“Johor antaranya di Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat), Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan dan Limbang) serta Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE