fbpx

Caprice kena piat telinga ulas isu Alif Teega

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE

PETALING JAYA – Belum sempat mengulas isu pempengaruh berkahwin dua, penyanyi Caprice terpaksa menyorok dalam almari selepas menyedari isterinya berada berhampiran.

Gelagat pemilik nama sebenar Ariz Ramli yang dikongsi dalam Instagram menggeletek pengikut laman sosialnya sehingga video tersebut tular.

Dalam hantaran tersebut, Caprice dilihat mahu membincangkan mengenai perkahwinan pempengaruh Alif Teega yang menerima kecaman ramai selepas berpoligami.

Selepas menyedari Fara Inalis sedang mencuci pakaian di belakangnya membantutkan niat Caprice yang kemudian disusuli tindakan memasuki almari di sebuah bilik untuk memulakan ulasan.

“Baik, Malaysia, dengar, kadangkala kita kena beranggapan..”

Namun belum sempat menyudahkan ayat, isterinya membuka pintu almari sambil memegang kayu besbol membuatkannya berpura-pura mencari kain pelikat.

Lebih lucu apabila Fara terus memulas telinganya ketika dia keluar dari almari berkenaan.

“Galak awak ni! Kenapa nak cari dalam bilik adik pula?” ujar isterinya.

Situasi yang hanya gurauan pasangan suami isteri tersebut membuatkan ruangan komen dibanjiri usikan.

“Lawak betul duduk dalam almari, bagus isteri Cap,” kata seorang pengikut Instagramnya.

Dalam hantaran lain, Caprice turut memuat naik semula video perkongsian yang dibuat Alif sebelum ini mengenai kecurangan seorang suami.

Isu Alif Teega sudah bernikah lagi satu mengundang kecaman netizen terutama selepas adik ipar lelaki itu mendakwanya memukul isteri pertama, Aisyah Hijanah.

Perkara tersebut hangat dijadikan bahan ulasan ramai termasuk selebriti seperti pelakon Janna Nick dan pengarah Michael Ang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI