KUALA LUMPUTR – Ahli Parlimen pembangkang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
“Dengan ini Bukit Gantang mengisytiharkan menyokong Perdana Menteri.
“Saya sendiri bersedia untuk memberi dan membantu kerajaan mewujudkan masyarakat Madani menangani kenaikan harga dan kos sara hidup dengan mengambil ibrah Nabi Yusuf,” katanya.
Wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata demikian ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE.