fbpx

16 didakwa, mengaku jadi scammer untuk rawat kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESEMUA 16 tertuduh mengaku salah melakukan pakatan jenayah dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud kepada mangsa di United Kingdom.

MELAKA – Seramai 16 individu dijatuhi hukuman denda keseluruhan RM48,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah melakukan penipuan dalam talian dengan menawarkan pekerjaan tidak wujud, minggu lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap kesemua tertuduh yang membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Kesemua tertuduh ialah Ooi Shou Lian, 27; Foo Nian Cher, 37; Chong Teck Ann, 28; Ooi Soon Hong, 27 dan Ngin Wooi Ching, 27.

Lapan lagi tertuduh ialah Yong Jian Wei, 25, Chan Kian Heng, 25, Tan, Sheng Hooi, 27, Lee Wai Kong, 24, Chong Kok Wei, 21, Ahmad Asyraf Othman, 22, Liw Yit Loong, 27 dan Lee Wai Si, 22.

Tiga lagi tertuduh merupakan warga China adalah, Xiao Kunmang, 24, Zhou Qi, 22 dan Yu Quan, 32.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama sebagai pihak daripada pakatan jenayah telah melakukan kesalahan memperdayakan mangsa-mangsa di United Kingdom dalam tawaran pekerjaan atas talian yang tidak wujud.

Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira 3.30 petang di No 2, Jalan Vista Kirana 3, Taman Vista Kirana, Ayer Keroh, dalam daerah Melaka Tengah di sini pada 21 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, kesemua mereka yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman diringankan dengan alasan perlu menanggung keluarga masing-masing.

Bagaimanapun tertuduh, Soon Hong, yang berasal dari Alor Setar merayu dengan alasan dia menghidap kanser saraf tahap dua dan terlibat dalam sindiket tersebut untuk mencari wang bagi menjalani pembedahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin bagaimanapun memohon agar hukuman setimpal dikenakan sebagai pengaran terhadap tertuduh dan masyarakat.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian memerintahkan kesemua tertuduh membayar denda sebanyak RM3,000 setiap orang atau tujuh bulan penjara jika gagal bayar.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI